
Persatuan Aktivis E-sastera Malaysia (ringkasnya E-SASTERA) telah ditubuhkan pada tahun 2010. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk menyatukan dan mengembleng tenaga para sasterawan yang aktif berkarya di alam siber (atau internet). Antara aktiviti utamanya adalah menguruskan portal penyiaran karya untuk para penulis (ahli dan bukan ahli E-SASTERA) beraktiviti memaparkan karya masing-masing di portal yang dapat diakses oleh orang ramai. Di samping itu, diadakan pertemuan dan aktiviti persembahan sastera di alam nyata. Juga ada aktiviti pemberian anugerah kepada pengkarya yang aktif dan bermutu.
Portal: E-SASTERA Blog. Klik SINI.
TAMAT.