BIODATA
AHKARIM, nama pena bagi Abdul Halim b A Karim, berasal dari Langgar, Alor Setar, Kedah. Mendapat pendidikan di Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar; ijazah BA dari Universiti Malaya pada tahun 1971; ijazah MSc (Organisation Development) dari Sheffield Harlem University (UK) pada 1986. Berkhidmat dalam Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik (PTD) di beberapa Jabatan Persekutuan (Kementerian Pelajaran, Perbendaharaan Malaysia, INTAN, Pengarah JPJ Negeri Kedah dan jawatan Terakhir sebagai Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Johor sehingga tahun 2001). Berkecimpung dalam penulisan kreatif dalam genre cerpen dan puisi selepas bersara. Telah menghasilkan duabuah kumpulan cerpen Mou Sumi dan Tanika serta sebuah novel kanak-kanak Sir Khatim. Beberapa buah cerpen tersiar di pelbagai media dan dalam beberapa antologi bersama. Juga pernah memenangi beberapa sayembara penulisan cerpen dan puisi. Tiga buah novel: Diari Lusuh Seorang PTD, Terbang Tinggi, dan Pengakuan Seorang Tablighi (Confessions of a Tablighi). Kumpulan puisi Suara Antoganis merupakan hasil karya penulis merentasi zaman remaja sehingga kini.
BUKU UNTUK DIJUAL
Buku-buku Ahkarim dapat juga dikases di sini: https://pasarria.home.blog/category/ahkarim/



. Confessions Of A Tablighi . Pensionofobia .



. Mou Sumi . Sir Khatim . Tanika.



. Suara Antagonis .
Pengarang Bersama



. Timeless Love (2018) . Senaskhah Diri (2020) .
TAMAT.