BIODATA

HASIMAH HARUN (nama di Facebook, Kuntom Embong) berasal dari Kelantan dan merupakan lulusan sarjana muda Pengajian Asia Tenggara dan Diploma Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau mantan Guru Cemerlang dan Guru Kanan mata Pelajaran Bahasa di SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya, Selangor.

Karya sastera beliau di Internet dapat dicapai di portal eSastera.com.

Beliau ialah pengasas bersama portal eSastera.com di samping suami beliau, Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas (Irwan Abu Bakar). Di eSastera.com, beliau bertindak sebagai Administrator komuniti “Sajen (Sajak Jenaka)”.

Hasimah menulis puisi dan cerpen. Karya beliau telah tersiar di beberapa akhbar mingguan tempatan, termasuk Mingguan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, serta di majalah Sastera.Net.

Hasimah ialah penyelenggara buku kreatif multigenre Seiring Tak Sejalan (eSastera Enterprise, 2008). Beliau juga merupakan penulis bersama buku Berkarya Di Alam Siber (eSastera Enterprise, 2008), Kamus Kebalikan Dewan (DBP, 1995), Sistem Ejaan Bahasa Melayu (DBP, 1988), dan Kursus Kepenyairan E-Sastera (kAPAS Publication, 2003).

Di samping itu, beliau merupakan penyelenggara bersama dan penyumbang karya bagi novel Hostel: Debaran Kedua (eSastera Enterprise, 2004), novel Hostel: Memento Cinta (eSastera Enterprise, 2010), antologi puisi APAS (kAPAS Publication, 2003), dan antoloogi sajak jenaka, Sajen (kAPAS Publication, 2003).

BUKU UNTUK DIJUAL

Bunga dan Bayu. Kumpulan puisi (2013).
Rumput dan Angin. Kumpulan puisi (2011).

Penulis Bersama:

Berkarya Di Alam Siber (eSastera Enterprise, 2008).
Kursus Kepenyairan E-Sastera (kAPAS Publication, 2003).
Kamus Kebalikan Dewan (DBP, 1995).
Sistem Ejaan Bahasa Melayu (DBP, 1988).

TAMAT.